Selasa, 29 Julai 2008

9). Tekong Wak JOR


Wak jo



Tanjung Pia: Wak Jor atau nama sebenarnya aku pun tak tahu nampak garang tetapi sebenarnya seorang yang baik hati dan peramah. Anak jati ini tinggal di Kampung sini.Perairan di sini menjadikan tempat beliau mencari rezeki untuk menyara kehidupan anak dan isterinya. Wak Jor akan turun ke laut di sekitar perairan Pulau Kukup, Tanjung Pia hampir dengar laluan Kapal keluar masuk ke PTP untuk menduga lubuk di sekitar sana. Oleh itu, tidak hairanlah beliau tahu banyak lubuk ikan terutama ikan Unga, Pari dan lain-lain di situ. Antara spesies ikan pari yang biasa terdapat di laut sebelah sini ialah pari Rimau dengan pari tanjung, .Wak jor jarang menolak apabila ada pelanggan yang berminat mengajaknya keluar memancing di laut. Bot Jalur yg di tempah dari Indon milik tekong ini boleh memuatkan hingga empat pemancing pada satu masa. Biasanya Wak Jor akan membawa pemancing menduga lubuk yg selalu dibawanya jaran tak mendapat hasilnya Insyallah.kelebihan Wak Jor ni , dia tidak menyusahan kepada pemancing ,Sauh dia tarik sendiri sotong cumit pun dia tolong saup kan ilmu pun dia tak kedekut untuk kite menpelajarinya, Umpan yang menjadi kegemaran iaitu sotong Cumit yg boleh didapat melalui di tangguk oleh Wak Jor di sebelah malam dan kita juga boleh mengunakan umpan udang segar yang boleh didapati (beli) di kelong tempat naik bot yg baru dijaring nelayang disekitar situ. Biasa unga di kawasan situ besarnya sekitar 2 Kg ke 5 Kg dan Pari terberat yang pernah bapak Mentua aku naik kan hampir 16 kg ialah pari Rimau pada 25/07/2008. Bagaimanapun pari yang biasa dikail puratanya seberat 10kg, Tangkapan seberat itu beliau anggap sudah memadai. Jadi, kalau anda berminat hendak menduga sekitar tanjung Pia......... sila kan" call Lias:019-7603999

Pesanan,
MELAKUKAN sesuatu yang baik ketika mula melangkah meninggalkan rumah untuk sesuatu perjalanan jauh terutama mencari rezeki atau ketika dalam perjalanan adalah sesuatu yang dituntut oleh agama Islam. Kebaikan itu pastinya mendapat ganjaran daripada Allah.

Apa yang saya maksudkan dengan melakukan sesuatu yang baik ialah setiap pemergian kita disenangi keluarga terutama isteri dan anak sentiasa mendoakan keselamatan kita pergi mahupun balik. Namun, dalam usaha kita mengatur perjalanan tentunya akan berdepan dengan berbagai halangan sama ada perjalanan itu pada waktu siang atau malam. Kadangkala kita berdepan dengan keadaan cuaca buruk seperti hujan lebat atau sebagai nya, jadi kita harus bersabar dan menerimanya sebagai ketentuan Allah, bersabar dan bertenanglah untuk menhadapinya, Insyallah......

Tiada ulasan: