Ahad, 31 Mei 2009

Fahami keupayaan kekeli sebelum membeli

Soal: Boleh terangkan maksud ‘bearing’, ‘gear ratio’ dan ‘line capacity’ yang biasanya tertera pada spesifikasi produk kekili.
Jawapan Bearing – Jumlah alas bebola yang digunakan dalam sesebuah mesin/kekili. Contohnya ‘3 ball bearing’ bermaksud terdapat 3 alas bebola yang digunakan dalam kekili. Alas bebola bertujuan untuk melancarkan pergerakan objek yang berpusing dengan mengurangkan rintangan di antara dua objek. Terdapat kekili yang dipasang dengan 10 alas bebola keluli tahan karat. Semakin banyak terdapat alas bebola semakin mahal kekili terbabit. Namun terdapat masalah di sebalik terlalu banyak alas bebola, jika tidak dijaga akan menyebabkan pergerakan kekili tersangkut-sangkut dan mengeluarkan bunyi yang tidak disenangi. Alas bebola ini boleh diganti jika haus atau rosak.
Gear ratio – Ini adalah nisbah pergerakan putaran kekili berbanding putaran gelendung tangsi. Contohnya 4.9:1 membawa maksud satu pusingan karauan gelendung tangsi akan berpusing sebanyak 4.9 kali. Semakin besar nisbah semakin laju kemampuan kekili berkenaan mengulung kembali tangsi ke dalam gelendungnya.
Line Capacity – Perkataan ini merujuk kepada panjang tangsi yang boleh dimuatkan dalam gelendung kekili. Semakin halus diameter tangsi semakin banyak muatan tangsi boleh disimpan di dalam gelendung. Terdapat dua jenis informasi yang biasa dicatatkan pada kekili iaitu ib/yd atau dia/m. Untuk ib/yd ia membawa makna kekuatan tangsi dalam paun dan panjang yang boleh diisi dalam ela.
Manakala dia/m pula merujuk kepada ukurlilit tangsi yang boleh dimuatkan dalam meter. Umpamanya 0.5/200 bermaksud saiz tangsi 0.5 inci boleh diisi sepanjang 200 meter di dalam gelendung kekili.

2 ulasan:

Fahiz Hussin berkata...

Tahniah..besar pari tu..hasil pun baik..

Tanpa Nama berkata...

gua tak puas hati gambar gua x banyak cume satu aje gambar lias aje yg banyak....MEMANG X PUAS hATI!!!!!.....ANAS ATI!!!