Isnin, 6 Oktober 2008

CUK PAKU SAMBAL BELACAN


CUK PAKU SAMBAL BELACAN

Bahan Bahan:-
300gm Pucuk Midin (pucuk paku merah)
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
50 gms udang kering
1 sudu belacan
3 sudu teh minyak masak
4 Tangkai cili api
Sedikit Garam dan serbuk perasa jika perlu.
1.Bersihkan pucuk midin dan asingkan
2.Tumbuk bahan seperti Bawang merah,
bawang putih,dan cili padi hingga lumat.
Kemudian masukkan udang kering dan ditumbuk separuh lumat.
Akhir sekali masukkan belacan dan tumbuk hingga sebati.

Cara memasak:-
Panaskan minyak dan tumiskan lah bahan yang telah di tumbuk tadi.
Setelah garing dan naik bau masukkan terus pucuk midin yang telah dibersihkan tadi.
Kacau dan tutup seketika.
masukkan sedikit garam dan serbuk perasa kemudian kacau dan angkat lah untuk dihidangkan.

Tiada ulasan: