Isnin, 6 Oktober 2008

UDANG GALAH GORENG

Udang Galah goreng ala btgblues 2 kilo udang galah sederhana besar (kalau lagi besar lagi bagus) - abang selalunya pakai udang galah mancing kat kolam jer (fresh) Bahan B 8 ulas bawang putih 12 ulas bawang merah ros 7 biji cili merah 6 batang serai Bahan C 5 sudu susu pekat Minyak untuk menggoreng udang tersebut Kaedah membuat 1.Udang galah dibuang taiknya(terletak di otak) dengan membelah kepala dan gunting tanduknya (sakit woo kena tangan). 2.Belah bahagian kulit belakang udang (bagi udang yang agak besar terdapat satu urat biru di bahagian belakang yg perlu dibuang kerana urat ni membawa taik udang ke otak dan juga boleh menyebabkan sesetengah orang berasa khayal apabila overdose makan udang) 3.Goreng udang tadi 3/4 masak dan ketepikan (dalam 3-4 minit). 4.Semua bahan B di blender kasar dan diketepikan. 5. Ambil 5 sudu minyak gorengan udang tadi dan panaskan dalam kuali. 6. Campurkan bahan B sehingga naik baunya. 7.Masukkan udang tadi dan kacau rata-rata dalam 5-7 minit 8.Kalau ada serai lebih, ketuk dan masukkan sekali.. 9.Masukkan susu pekat tadi dan kacau rata. 10.Matikan api dan bolehlah dimakan dengan nasi atau ratah ajer...

Tiada ulasan: